Info-info Terbaru.

Wednesday, December 21, 2011

Bila Dilamun Cinta,..


new info 2011

Bila kita dilamun cinta, kita sering mengawasi perlakuan dan tindak-tanduk orang kita cintai.

Kita sentiasa menghitung dan mencatat beberapa lama dia tidak menelefon, bila kali terakhir dia dating, apa yang dia kata, apa yang dia buat dan pelbagai lagi. Kita menjadi lebih peka. Lebih tajam mengesan tanda-tanda sama ada dia mencintai atau semakin menjauhkan diri dari kita. Semuamya kita perhati dan fikirkan.

Menyerahkan Hati Sepenuhnya

Walaupun begitu, pandangan kita hanya peka dan tajam kalau kita belum benar-benar menyerahkan hati kepadanya. Dalam keadaan yang belum lagi rapat, jika kita nampak ada tanda-tanda dia mahu memutuskan hubungan itu supaya tidak terlalu kecewa.

Kita boleh memujuk hati untuk menyatakan bukan dia yang meninggalkan kita. Tetapi bila cinta kita begitu mendalam dan nampak ada tanda-tanda dia akan mengundurkan diri, kita tidak akan cuba memutuskan hubungan itu. Malah kita akan menyayanginya dengan lebih gila-gila lagi.

Dalam keadaan emosi yang begini, kita cuba sedaya upaya menguasai tindak-tanduk orang yang kita cintai. Kita mahu menjadikan diri kita orang yang paling menarik, unggul dan anggun di matanya.

Kita melakukan bermacam-macam cara supaya kita kelihatan elok pada pandangannya. Fesyen pakaian, rambut, kaca mata, kasut dan apa saja diubah mengikut kesukaannya, yang penting kita kelihatan amat sempurna dan menarik di matanya.

new info 2011

Memberi Perhatian Yang Mendalam

Bukan setakat itu saja, malah kita akan memberi perhatian yang lebih mendalam pada apa yang dia suka dan kita akan menunjukkan padanya bahawa kita juga menyukai apa yang dia suka. Kita berminat dengan kerjanya, hobinya dan apa saja kesukaannya.

Pada masa ini, semua warna diri akan kita tukar sesuai dengan warna kesukaannya. Kita berharap agar dia dapat melihat kita sebagai orang yang paling sesuai dan memenuhi keperluannya.

Pada masa ini juga kita akan cuba menggoda dan menambat hati orang yang kita cintai itu dengan cara menutup atau membuang perangai buruk yang ada pada diri kita.

Kalau dulu kita malas berkemas, tiba-tiba kita jadi rajin berkemas. Kita pandai bergurau senda. Kita boleh bertolak ansur. Kita mudah bersetuju dengan pandangan dan pendapatnya. Kita tidak banyak meminta darinya. Kita akan menjadi manusia yang tidak cerewet pada masa itu.

Kalau sebelumnya kita sangat berhati-hati ketika berbelanja tetapi apabila sudah jatuh cinta, otak kita menjadi kelam-kabut. Urusan-urusan yang tidak mustahak dahulunya, kini menjadi urusan besar. Yang dahulunya tidak penting kini menjadi amat penting. Dan yang paling penting, kita perlu menarik minat orang yang kita cintai itu.

~I WILL ALWAYS LOVE YOU~


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...