Info-info Terbaru.

Saturday, April 7, 2012

Wangian lelaki


Wangian lelaki

Disunatkan lelaki memakai berwangi -wangian dengan minyak wangi, bedak dan sebagainya kerana hadis daripada Abi Ayyub r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

أربع من سنن المرسلين: الحياء والتطعر والسواك والنكاح

Maksudnya: Empat perkara daripada sunnah para rasul: 1. Perasaan malu 2. memakai wangian 3. bersiwak 4. bernikah (Hadis daif- Tirmizi, Ahmad dan Baghawi)

حبب إلي من دنياكم النساء والطيب وجعلت قرة عين في الصلاة

Maksudnya: "Tiga perkara yang disukai oleh ku daripada dunia 1. Wanita yang halal 2. wangian 3. rasa seronok dalam solat." (Hr Ahmad, Hakim dan Baihaqi- hadis hasan)

Wangian lelaki disunatkan yang tidak berwarna samada di dalam atau diluar rumahnya. Nabi s.a.w bersabda:

طيب الرجال ما ظهر ريحه وخفي لونه وطيب النساء ما خفي ريحه وظهر لونه

Maksudnya: wangian lelaki apa yang jelas baunnya dan tersembunyi warnanya dan wangian perempuan apa yang tersembunyi baunya dan nyata warnanya. (hr Tirmizi dan Ahmad- hasan)

Wangian wanita

Diluar rumah atau bersama orang yg bukan mahram hendaklah wanita memakai wangian yang baunya untuk diri sendiri dan tidak dihidu oleh orang lain seperti hadis yang lepas. Dilarang sama sekali memakai minyak wangi sehingga di hidu oleh lelaki yg bukan mahram. Nabi s.a.w bersabda:

أيما إمرأة استعطرت فمرت بقوم ليجدوا ريحها فهي زانية

Maksudnya: Mana-mana wanita yang memakai wangi-wangian dan lalu pada sekumpulan manusia supaya lelaki tadi itu menghidu bau wanginya maka wanita tadi medapat dosa zina. (Hr Tirmizi dan Ahmad- hasan)

Bukanlah wanita itu dilarang sama sekali menggunakan bau-bauan bila dia keluar tetapi yang dilarang adalah yang sehinggu dihidu oleh orang sekilingnya. Janganlah wanita itu meninggalkan bau-bauan sehingga menyebarkan bau yang tidak elok kepada sekitarnya.

Wangian Rasulullah

Rasulullah adalah mempunyai tubuh yang bau yang wangi dan segar yang semula jadi. Wangian ini melebihi wangian yang wujud di dunia ini. Anas r.a menceritakan :

ما شممت عنبرا قط ولا مسكا ولا شيئا أطيب من ريح رسول الله

Maksudnya: "Aku tidak pernah menghidu wangian anbar, kasturi dan apa jua wangian yang lebih wangi dari bau Rasulullah s.a.w." (Hadis sahih Bukhari Muslim)

Walaupun begitu baginda tetap memakai minyak wangi yang dipanggil sukkah (Hr Abu Daud - sanad hasan).

Makruh menolak pemberian wangian

Jika seseorang diberi wangian sperti minyak wangi, bedak dan sebagainya maka disunat dia menerimanya. Nabi s.a.w diriwayatkan dalam hadis bahawa baginda tidak menolak pemberian minyak wangi (HR Bukhari). Nabi s.a.w bersabda:

من عرض عليه ريحان فلا يرده

Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang dipelawa minyak wangi janganlah dia menolak." (Hr Muslim)

Rujukan: Mausuah Feqhiah oleh kementerian agama Kuwait, Ittihaf Ahlil Wafa oleh Abdur Qadir at-Talidi, Tuhfatul Ahwazi oleh al- Muabarakfuri, musnad Imam Ahmad dan Feqhul Albisah waz Zinah oleh Abdul Wahhab.

Sumber : http://idhamlim.blogspot.com/2010/07/memakai-wangian.html

Khasiat Minyak Kasturi

Khasiat kasturi Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A. dan ahli-ahli perubatan Islam, maka kasturi didapati mempunyai banyak khasiat, antaranya:-

  1. Memberi kekuatan pada roh Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW: “Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” Hadis Riwayat Muslim (Sabilul Muhtadiin 36-37)
  2. Ketenangkan Jiwa
  3. Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
  4. Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
  5. Menghilangkan debaran jantung
  6. Menghilangkan Sesak Nafas
  7. Melegakan Lelah (Asma)
  8. Menyedarkan orang yang pengsan
  9. Memperkuatkan organ luaran tubuh
  10. Memperkuatkan organ dalaman tubuh
  11. Menghilangkan rasa gementar
  12. Menghilangkan sejuk tubuh
  13. Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh
  14. Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
  15. Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing
  16. menjernihkan mata putih pada mata
  17. Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan
  18. Mencegah wabak penyakit
  19. Melanjutkan usia
  20. Meredhakan Allah SWT, menyukakan para malaikat dan orang-orang soleh, dan sebaliknya dapat mengusirkan syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya.

Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum (seperti kasturi).

Sumber: Madrasah Darul Atiq.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...