Saturday, April 24, 2010




Meninggalkan solat :

Dosa nya Lebih Besar Daripada Berzina..

"Berzina pun dah cukup besar dosanya.. besar lagi dosa meninggalkan solat astaghfirullah. marila kita renun bersama dengan cerita ni moga dapat mengubah kita semua.. untuk mencari keredoan nya..."

Dalam buku 30 Kisah Teladan tulisan KH Abdurrahman Arroisy,

cerita yang mengisahkan tentang dosa. Diceritakan, pada satu senja, kelihatan seorang wanita berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menunjukkan dia dalam kesedihan.

Dia melangkah perlahan-lahan mendekati rumah
Nabi Musa a.s. Pintu diketuknya perlahan-lahan sambil mengucapkan uluk salam. Apabila terdengar ucapan ‘silakan masuk’ dari dalam, wanita cantik itu melangkah masuk sambil kepalanya terus tertunduk.

Air matanya
berderai keti ka dia berkata: “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya supaya Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.”

“Apakah dosamu wahai wanita?” tanya
Nabi Musa a.s. terkejut.

“Saya
takut mengatakannya,” jawab wanita cantik itu.

“Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa.

Lalu wanita itu memulakan
cerita, “Saya... Telah berzina...” Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari perzinaan itu saya pun hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya... cekik lehernya sampai... mati,” ucap wanita itu sambil menangis sekuat-kuat hati.

Mata Nabi Musa berapi-api dan dengan muka marah, dia me ngherdik, “Perempuan jahat, nyah kamu dari sini! Supaya seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi M usa sambil memalingkan muka kerana jijik.

Mendengar herdikan itu, wanita itupun segera bangun dan
berlalu den

gan hati hancur luluh. Ketika keluar dari rumah Nabi Musa, ratapannya amat memilukan. Baginya, ke mana lagi hendak mengadu kerana apabila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya ? Terbayang betapa besar dosanya dan jahat perbuatannya.

Tetapi dia tidak tahu bahawa sepeninggalannya, Malaikat Jibri l turun berjumpa Nabi Musa. Lalu Jibril bertanya, “Menga pa engkau menolak seo rang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?”

Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?” ta nya Nabi Musa kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?”


“Ada!” jawab Jibril dengan tegas.

“Dosa apakah itu?” tanya Nabi Musa lagi.

“Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina.”

Mendengar penjelasan itu,
Nabi Musa kemudian memanggil wanita itu untuk menghadapnya semula. Dia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohon keampunan kepada Allah SWT untuk wanita itu.

Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti, dia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tiada

hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Sedang orang yang
bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah s.w.t itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya.

"Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya..."

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...