Info-info Terbaru.

Thursday, October 8, 2009

Jimat Elektrik


Rahsia kediaman jimat elektrik

Tip

Jimat Elektrik


Antara perkara utama yang perlu dilakukan oleh pemilik kediaman untuk menjimat penggunaan tenaga elektrik secara menyeluruh adalah dengan memastikan perkara berikut dilaksanakan:

1. Penggunaan Elektrik Secara Am

  • Menutup semua lampu dan peralatan elektrik apabila tidak digunakan (terutama pada plug).

  • Membenarkan pengaliran udara semula jadi dalam rumah bagi menyejukkan ruang (mengurangkan penggunaan peralatan hawa dingin dan kipas).

  • Mempraktikkan penggunaan tenaga yang cekap ketika menggunakan peralatan rumah.

  • Memeriksa kadar penggunaan tenaga pada peralatan. Kadar bintang yang tinggi bermakna penggunaan tenaga yang lebih cekap.

    2. Penggunaan cahaya dalam rumah

  • Gunakan mentol dan lampu jimat tenaga yang dapat menjimatkan penggunaan tenaga hingga 80 peratus.

  • Menggunakan kadar cahaya lampu yang betul seperti ketika membaca menggunakan cahaya yang terang dan apabila menonton televisyen atau video, menggunakan lampu yang malap (dimmer)

  • Menggunakan kadar watt yang rendah pada koridor, laluan tangga atau bilik stor kerana ruang ini tidak memerlukan cahaya sekadar untuk menerangi.

  • Lampu kalimantang (fluorescent) biasa lebih menjimatkan, berbanding lampu pijar (incandescent).

    3. Jenis Penggunaan Peralatan Dalam Rumah

    Peti Sejuk

  • Pilih kapasiti peti sejuk yang sesuai dengan penggunaannya. Jangan sesekali terpengaruh dengan membeli peti sejuk berkapasiti besar tanpa mempertimbangkan penggunaannya. Penggunaan tenaga lebih tinggi apabila kapasiti semakin besar.

  • Elakkan terlalu kerap membuka dan menutup peti sejuk untuk menghindari udara dingin keluar.

  • Jangan masukkan masakan panas terus ke dalam peti sejuk. Dinginkan terlebih dulu hingga mencapai kadar suhu ruang sebelum memasukkannya.

  • Guna peti sejuk yang mempunyai tenaga cekap kerana ini boleh menjimatkan kos elektrik hingga 25 peratus.

    Mesin Basuh Baju

  • Pilih dan gunakan mesin basuh yang sesuai dengan kapasitinya. Mesin basuh yang digunakan melebihi kapasitinya akan mengakibatkan mesin terpaksa bekerja keras dan lebih cepat rosak.

  • Pastikan jumlah kapasiti adalah penuh kerana jika dimasukkan separuh kapasiti, jumlah tenaga yang digunakan tetap sama.

  • Gunakan fungsi pengering mesin basuh apabila perlu. Lebih baik mengguna sinar matahari untuk mengeringkan pakaian.

    Alat Penghawa Dingin

  • Pilih penghawa dingin dengan kapasiti yang sesuai mengikut keperluan dan keluasan ruang. Sebagai contoh, ruang bilik tidur seluas 3 X 4 meter adalah mencukupi menggunakan penghawa dingin berkadar 11/2 HP (kuasa kuda).

  • Kadar suhu yang sesuai digunakan adalah antarar 22 hingga 24 celsius. Elakkan menggunakan paras suhu yang sangat rendah kerana memaksa alat penghawa dingin bekerja lebih berat.

  • Pastikan ruang tertutup rapat agar suhu tetap terjaga dan elakkan elemen yang menghalang udara dingin keluar dari alat penghawa dingin.


  • No comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...